BENGKEL LATIHAN PELATIH (TOT) BAGI CSO, KESATUAN SEKERJA DAN PEMIMPIN PEKERJA MIGRAN

Metodologi Latihan Pelatih (TOT) Projek MY Voice menyediakan para jurulatih tempatan dengan kemahiran menyebarkan kesedaran tentang hak-hak pekerja dan berkongsi pengetahuan ini dalam komuniti mereka dan juga kepada sektor-sektor minyak sawit dan pakaian. Sebagai sebahagian daripada usaha ini, projek MY Voice telah mengendalikan bengkel TOT kepada pemimpin pekerja migran, Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO) serta Kesatuan Sekerja pada bulan November dan Disember 2024.  

Bengkel TOT tersebut merupakan susulan kepada sesi Bengkel Peningkatan Kesedaran Isu Buruh Paksa Dan Buruh Kanak-Kanak yang dijalankan baru-baru ini, di mana ia memperkenalkan para peserta kepada topik-topik seperti: Buruh Paksa, Buruh Kanak-Kanak, Keganasan dan Gangguan Berasaskan Gender (GBVH) di Tempat Kerja, Amalan Anti-Diskriminasi, aplikasi Just Good Work (JGW),dan Komunikasi Berkesan. 

Berdasarkan topik-topik asas ini, bengkel TOT menghimpunkan 40 orang peserta daripada 15 buah organisasi untuk memperkukuhkan lagi kemahiran mereka dalam pembangunan dan penyampaian latihan. Sesi interaktif ini memperkenalkan para peserta kepada pelbagai sumber latihan, seperti:  

  • Teknik Fasilitasi, dengan simulasi praktikal dan senario sebenar 
  • Strategi Penglibatan Komuniti, untuk berkomunikasi lebih berkesan 
  • Alat Latihan yang Kreatif dan Interaktif, untuk menjadikan sesi lebih menarik dan memberikan impak 

Melalui gabungan pelbagai metodologi interaktif dan kandungan yang mendalam, para peserta telah bersedia untuk meningkatkan kesedaran tentang topik-topik penting hak pekerja untuk komuniti mereka. Bengkel ini juga telah menyediakan ruang untuk semua peserta berkongsi pengalaman mereka, menilai amalan terbaik, dan saling belajar daripada peserta lain. Ini dapat memperkukuh kemampuan mereka untuk menyesuaikan ilmu dan pengetahuan kepada pelbagai komuniti. 

“Ia benar-benar menyeronokkan, dan kami berupaya untuk memahami metodologi latihan dalam format yang mudah”

Dwi Sulistiyani

Solidaritas Jejaring Pekerja Indonesia di Malaysia (Serantau) 

Bengkel TOT ini dikendalikan di dua lokasi berbeza untuk memastikan kehadiran peserta-peserta dari Semenanjung Malaysia dan negeri Sabah. Kumpulan yang terlibat terdiri daripada:  

  • Kumpulan 1 Dikendalikan di Kota Kinabalu, Sabah dari 5 hingga 7 November 2024, melibatkan 24 orang peserta dari CSO dan kesatuan tekstil tempatan.  
  • Kumpulan 2: Dikendalikan di Kuala Lumpur dari 7 hingga 8 Disember 2024, melibatkan 16 orang peserta dari organisasi pekerja. 

TOT workshop in Kuala Lumpur

“Sebagai jurulatih, saya teruja dapat melatih pekerja migran. Memperdaya mereka dengan kemahiran dan pengetahuan untuk memperjuangkan hak pekerja adalah langkah penting untuk mencapai perubahan yang bermakna”

– Prema Arasan

Pakar Teknikal & Jurulatih, MY Voice 

Berminat menyertai kami? Kami menjemput CSO, kesatuan sekerja, dan peserta daripada komuniti untuk menyertai inisiatif di sektor minyak sawit dan pakaian. Sila hubungi kami di contact@myvoiceproject.org untuk mempelajari lebih lanjut.  

ms_MYMS