SAI melancarkan MY Voice dengan dana dari USDOL

Pada bulan Disember 2021, SAI melancarkan program baharu untuk mengutarakan isu buruh paksa dan buruh kanak-kanak dalam sektor pembuatan pakaian dan minyak sawit di Malaysia. Projek ini—MY Voice—adalah berdasarkan pengalaman SAI dalam melaksanakan sistem pematuhan sosial dalam rantaian bekalan serta memudahkan penglibatan pekerja dan penglibatan dan pembelajaran masyarakat. Ia juga menyatukan kepakaran rakan organisasi: ProforestThe Centre for Child Rights and Business, dan juga Our Journey. Artikel ini asalnya diterbitkan di laman web SAI dan disiarkan di buletin SAI..

MY Voice bertujuan meningkatkan suara pekerja dalam sistem pematuhan sosial, meningkatkan peluang pemulihan bagi buruh paksa dan buruh kanak-kanak serta memperbaiki komunikasi dan kerjasama di antara pihak tempatan untuk mengenalpasti, memulih dan mencegah kes buruh paksa dan kanak-kanak.

Objektif projek ini adalah untuk:

  1. Meningkatkan advokasi oleh pekerja dan masyarakat sivil dalam menangani masalah buruh paksa dan/atau buruh kanak-kanak
  2. Meningkatkan keupayaan pekerja untuk bersuara dalam pelaksanaan sistem pematuhan sosial
  3. Meningkatkan peluang pemulihan bagi pekerja yang dieksploitasi sebagai buruh paksa dan/atau buruh kanak-kanak

Latar belakang

Pada tahun 2020, Amerika Syarikat telah mengharamkan import minyak sawit dari Malaysia ekoran dari pendedahan tentang kewujudan buruh paksa dalam industri. Laporan sama turut ditemui dalam industri pembuatan pakaian.

Palm worker loads oil palm crops into truck
Gambar Ihsan dari Proforest

Kerajaan Malaysia telah bertekad menangani isu-isu ini dengan rencaman pelan tindakannya yang terkini. Pada tahun 2021, Malaysia telah melancarkan Pelan Tindakan Nasional berhubung Buruh Paksa di mana “fokus telah diberikan kepada aspek kesedaran, penguatkuasaan, migrasi buruh serta akses kepada pemulihan dan khidmat sokongan bermatlamat untuk menghapuskan gejala buruh paksa menjelang 2030.” Pada 21 Mac 2022, Malaysia telah menjadi negara ASEAN kedua yang meratifikasi Protokol 2014 kepada Konvensyen Buruh Paksa 1930.

Pendekatan Kami

MY Voice bermatlamat untuk menyokong dan mengembangkan/melanjutkan usaha-usaha memperkukuh/ pengukuhan sistem tempatan di mana boleh membantu pekerja dan perniagaan untuk maju bersama dalam sektor pembuatan pakaian dan minyak sawit. Ini termasuk sistem pematuhan sosial sektor swasta, sistem pemulihan yang bebas bagi buruh paksa dan buruh kanak-kanak, serta platform pelbagai pihak untuk memastikan kesepakatan dalam prinsip dan amalan asas.

Ekonomi Malaysia bergantung kepada pekerja migran yang merangkumi 40% tenaga kerja negara. These workers are especially vulnerable and are a major focus of the MY Voice program. Central to this, we seek to elevate and amplify the voices of workers and civil society in the systems that protect them and to strengthen those systems, so they can effectively remediate complaints and address root causes for both local workers and migrant workers.

Bagaimana Melibatkan Diri

MY Voice kini berada pada fasa awal penglibatan dengan pihak yang berkepentingan dan kami sedang aktif mencari input untuk strategi dan reka bentuk projek dari pelbagai pihak yang terlibat dalam industri berkaitan di Malaysia. Ini adalah termasuk:

  • Sektor Awam — Agensi kerajaan di Malaysia yang berkait dengan isu buruh, perdagangan, perniagaan, imigresen dan hal berkaitan.
  • Sektor Swasta —Para majikan sektor pembuatan pakaian dan minyak sawit di Malaysia, syarikat antarabangsa yang membeli pakaian dan minyak sawit dari Malaysia, serta ejen perekrutan di Malaysia dan juga negara asal pekerja migran;
  • Masyarakat sivil — Para pemimpin masyarakat sivil di Malaysia dan dalam komuniti pekerja migran, pemimpin kesatuan pekerja, tokoh/ketua tidak rasmi dalam komuniti migran, serta para pekerja sendiri.

Jika anda mewakili organisasi atau individu yang terlibat dengan sektor pembuatan pakaian atau minyak sawit di Malaysia, kami berminat untuk mendengar dari anda. Sudilah hubungi kami di contact@myvoiceproject.org.

Anda juga boleh hubungi kami di sini untuk sebarang pertanyaan am.

Rakan-Rakan Kami

Proforest adalah pertubuhan terjana oleh misi, tak berasaskan keuntungan di mana ia menyokong syarikat, kerajaan, masyarakat awam dan organisasi lain bagi menjamin penghasilan dan pengumpulan komoditi pertanian dan hutan dengan bertanggungjawab. Ia memiliki pengalaman 20 tahun melaksanakan program pengurusan sumber secara bertanggungjawab, berfokuskan pembangunan polisi, analisa risiko di seluruh rantaian bekalan yang kompleks, pemetaan rantaian bekalan, dan penglibatan berterusan bersama pembekal untuk membina kepatuhan pada polisi.

The Centre for Child Rights and Business bekerjasama dengan syarikat untuk menggalakkan dan menghormati hak kanak-kanak dalam semua operasi mereka dengan tumpuan khusus kepada rantaian bekalan. Kami membantu perniagaan memahami cara dan di mana ia memberi kesan kepada kanak-kanak dan memberi penyelesaian dan perkhidmatan. secara praktikal untuk mengurangi risiko dan mencipta perubahan positif.  

Our Journey organisasi masyarakat awam yang berdaftar dan berpusat di Kuala Lumpur, Malaysia yang menyediakan perwakilan undang-undang untuk warga asing dalam kes-kes buruh, imigresen dan jenayah.

Pembiayaan disediakan oleh Jabatan Tenaga Kerja Amerika Syarikat (USDOL) di bawah perjanjian koperasi nombor IL-37321-21-75-K. 100% daripada jumlah kos projek dibiayai dengan dana kerajaan persekutuan Amerika Syarikat (USG), untuk sejumlah $5,000,000 Dolar Amerika. Bahan ini tidak semestinya mencerminkan pandangan atau dasar USDOL, begitu juga sebutan nama dagangan, produk komersial atau organisasi membayangkan pengesahan oleh USG.

ms_MYMS