Rakan Kongsi Projek

Logo: Social Accountability International

Ditubuhkan pada tahun 1997, Social Accountability International (SAI) ialah satu pertubuhan bukan kerajaan global yang memajukan hak asasi manusia di tempat kerja. Visi SAI ialah kerja yang sesuai (decent work) di mana-mana sahaja—diselenggarakan dengan pemahaman di mana tempat kerja yang bertanggungjawab secara sosial akan memanfaatkan perniagaan sambil menjamin hak asasi manusia.

SAI adalah penerima gran utama untuk My Voice.

Pusat Hak Kanak-Kanak & Perniagaan

Logo: The Centre for Child Rights and Business

Pusat Hak Kanak-Kanak & Perniagaan bekerjasama dengan syarikat untuk menggalakkan dan menghormati hak kanak-kanak dalam semua operasi mereka dengan tumpuan khusus kepada rantaian bekalan. Kami membantu perniagaan memahami cara dan di mana ia memberi kesan kepada kanak-kanak dan memberi penyelesaian dan perkhidmatan. secara praktikal untuk mengurangi risiko dan mencipta perubahan positif.

Our Journey

Logo: Our Journey

Our Journey organisasi masyarakat awam yang berdaftar dan berpusat di Kuala Lumpur, Malaysia yang menyediakan perwakilan undang-undang untuk warga asing dalam kes-kes buruh, imigresen dan jenayah.

Proforest

Logo: Proforest

Proforest adalah pertubuhan terjana oleh misi, tak berasaskan keuntungan di mana ia menyokong syarikat, kerajaan, masyarakat awam dan organisasi lain bagi menjamin penghasilan dan pengumpulan komoditi pertanian dan hutan dengan bertanggungjawab. Ia memiliki pengalaman 20 tahun melaksanakan program pengurusan sumber secara bertanggungjawab, berfokuskan pembangunan polisi, analisa risiko di seluruh rantaian bekalan yang kompleks, pemetaan rantaian bekalan, dan penglibatan berterusan bersama pembekal untuk membina kepatuhan pada polisi.

ms_MYMS