Hab Aksi Hak Kanak-Kanak

Mengenai Hab Aksi Hak Kanak-kanak

Hab Aksi Hak Kanak-kanak (Hab Aksi) adalah sebuah inisiatif MY Voice untuk menangani isu buruh kanak-kanak secara meluas, dengan fokus kepada risiko buruh kanak-kanak dalam sektor minyak kelapa sawit di Malaysia. Hab Aksi memudahkan tindakan kolaboratif, membolehkan pihak berkepentingan sektor swasta (peruncit, jenama dan pembekal) serta penyedia penyelesaian dalam komuniti untuk mengambil bahagian dalam aktiviti mengatasi risiko buruh kanak-kanak dalam rantaian bekalan mereka.

The Centre for Child Rights and Business(The Centre), dengan pengetahuan dan pengalaman luas dalam program pencegahan dan penyediaan remedi untuk buruh kanak-kanak, telah dilantik untuk menguruskan Hab Aksi. Dalam konteks rangka kerja dan regulasi penilaian hak asasi manusia yang sentiasa berkembang, Hab Aksi memberikan sokongan kepada pihak jenama dan penjual untuk melibatkan para pembekal mereka di peringkat bawahan dalam usaha mencegah dan menangani isu buruh kanak-kanak.

Matlamat utama kami adalah untuk mencegah dan menyediakan remedi jangka panjang terhadap buruh kanak-kanak dalam rantaian bekalan minyak kelapa sawit

Mengapakah Hab Aksi Hak Kanak-kanak diperlukan?

Keperluan untuk penyelesaian bersama yang dapat memaksimumkan pengaruh kolektif, impak, dan penggunaan sumber dalam kalangan peruncit, jenama dan pembekal

Keperluan untuk penyelesaian berskala, pragmatik, dan tepat pada masanya dalam usaha penyediaan remedi kes buruh kanak-kanak

Keperluan untuk mempercepatkan usaha mengatasi punca utama risiko buruh kanak-kanakyang berterusan, terutamanya di peringkat bawahan rantaian bekalan minyak kelapa sawit

Bekerjasama rapat dengan sistem yang sedia ada

Hab Aksi bekerjasama rapat dengan sistem yang sedia ada, termasuk perkhidmatan kerajaan dan bukan kerajaan, untuk menyediakan penyelesaian terbaik dalam usaha pencegahan dan penyediaan remedi buruh kanak-kanak.

Peruncit, jenama, pendanaan antarabangsa, dan kerajaan

Pemilik ladang kelapa sawit Malaysia, terutamanya di peringkat bawahan

Pekerja ladang, keluarga, dan kanak-kanak dalam komuniti penuaian minyak kelapa sawit

Remedi buruh kanak-kanak

Proses penyediaan remedi terdiri daripada tiga tahap yang berbeza yang akan membawa kepada hasil berikut:

Mengeluarkan kanak-kanak daripada buruh kanak-kanak dengan menyediakan pilihan yang lebih selamat atau menawarkan kerja yang tidak berbahaya sekiranya mereka melebihi umur minimum bekerja

Membangunkan pelan tindakan pembetulan peringkat syarikat untuk mencegah risiko buruh kanak-kanak selanjutnya, seperti pembangunan dasar, perubahan sistem, atau pembinaan kapasiti

Mengatasi punca utama buruh kanak-kanak, seperti akses kepada pendidikan, aktiviti menjana pendapatan, dan peluang pekerjaan yang baik untuk golongan muda

Kami membantu meningkatkan keupayaan rakan kongsi perniagaan anda untuk mengenal pasti dan menangani kesan buruk buruh kanak-kanak, serta mewujudkan sistem pengurusan risiko yang lebih kukuh untuk perniagaan yang mampan dan tahan lasak .

Sorotan 2024

group photo

Hab Aksi Hak Kanak-kanak MY Voice Dirasmikan di Malaysia

Hab Aksi Hak Kanak-kanak (Hab Aksi) yang diurus oleh MY Voice, telah dirasmikan di Malaysia pada 12 Jun, selaras dengan sambutan Hari Penentangan Buruh Kanak-Kanak Sedunia.

Kemas kini terkini

Lihat kemas kini mengenai Hak Aksi Hak Kanak-Kanak di sini →

Maklumat Perhubungan

Untuk melibatkan diri atau mengetahui lebih lanjut, sila hubungi kami:

ms_MYMS