Memperkenalkan Program Latihan MY Voice 2025 bagi Syarikat dan Pembekal dalam Industri Minyak Sawit dan Pakaian 

Susulan kejayaan bengkel yang dijalankan bersama pihak berkepentingan sektor swasta dalam industri minyak sawit dan pakaian pada tahun 2024, MY Voice telah merangka satu siri program pembelajaran komprehensif untuk tahun 2025. Inisiatif ini bertujuan untuk menyokong syarikat-syarikat minyak sawit dan pakaian di Malaysia dalam membangunkan serta melaksanakan sistem pematuhan sosial yang berkesan dan selaras dengan piawaian antarabangsa, terutamanya Prinsip Panduan PBB mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (UNGP). 

Pada tahun 2025, MY Voice akan menawarkan tiga bengkel latihan dan dua program TenSquared, yang merangkumi pelbagai topik yang penting. 

AktivitiTempatGaris Masa*
Bengkel Latihan: Sistem Pematuhan Sosial Kuala Lumpur dan Sabah Februari 2025 
TenSquared: Kesihatan & Keselamatan Berdasarkan pendaftaran Februari – Mei 2025 
Bengkel Latihan: Upah Sara Hidup Kuala Lumpur Jun 2025 
TenSquared: Mekanisme Aduan Berdasarkan pendaftaran Julai – Oct 2025 
Bengkel Latihan: Pencegahan dan Pemulihan Buruh Paksa Kuala Lumpur dan Sabah Julai – Oct 2025 
*Jangka masa program ini adalah anggaran dan boleh berubah sekiranya berlaku keadaan yang tidak dijangka. 

Bengkel-Bengkel Latihan 

  1. Pengenalan kepada Sistem Pematuhan Sosial (SCS) 
    • Memahami tujuan dan komponen SCS Projek MY Voice 
    • Meneroka konsep Worker Voice dan peranannya dalam memperkasa para pekerja 
    • Mendapatkan pemahaman mengenai Kategori-kategori Proses Sistem Pengurusan dan Unsur-unsur Prestasi Buruh 
    • Memahami dan mempelajari proses penilaian SCS dan cara membuat persediaan 
  1. Upah Sara Hidup
    • Meneroka konsep upah sara hidup dan pendapatan yang berpatutan 
    • Memahami Anker Benchmark Methodology
    • Menilai jurang antara upah semasa dan upah sara hidup yang berpatutan 
  1. Pencegahan dan Pemulihan Buruh Paksa
    • Mempelajari strategi-strategi pencegahan dan pemulihan isu buruh paksa 
    • Get an introduction to the MY Voice Forced Labour Prevention and Remediation guidance for companies 

Program TenSquared 

Program TenSquared adalah sebuah program pengurusan perubahan dalam tempoh 100-hari bagi menyatukan pekerja dan pengurus untuk menangani punca utama isu-isu di tempat kerja serta mencapai penambahbaikan yang boleh diukur dalam cabaran pematuhan sosial tertentu. Penglibatan yang berstruktur ini memupuk budaya penambahbaikan secara berterusan dan mampan. Dengan kejayaan yang terbukti dan memberikan manfaat yang berterusan, program TenSquared menawarkan pendekatan yang amat berkesan dalam menangani isu-isu di tempat kerja. Program ini direka untuk 3 hingga 5 syarikat bagi setiap sesi. 

  • Sesi 1: Kesihatan dan Keselamatan
  • Sesi 2: Mekanisme Aduan 

Dalam sesi webinar baru-baru ini, MY Voice telah memperkenalkan konsep TenSquared dan memberikan gambaran keseluruhan mengenai topik-topik latihan pada tahun 2025. Anda juga boleh melihat dek program tahun 2025 di sini.

Pendaftaran bagi semua bengkel latihan dan Program TenSquared akan dibuka pada bulan Januari 2025. Untuk maklumat lanjut atau ingin mendapatkan info terkini mengenai pendaftaran program latihan MY Voice 2025, sila hubungi kami di contact@myvoiceproject.org

ms_MYMS