Sertai Kami: Alat dan Pendekatan Inovatif Yang Berkesan bagi Perniagaan untuk Mengatasi Isu Buruh Kanak-Kanak dan Keganasan Seksual

Sertai kami ke Forum UN Responsible Business and Human Rights (UN RBHR) 2024 di Bangkok, Thailand pada 24 September 2024 untuk menyaksikan sesi sampingan yang berkesam dalam menangani isu buruh kanak-kanak dan eksploitasi seksual.

Bertajuk “Innovative Tools and Approaches for Businesses and Civil Society to Effectively Remedy Child Labour and Sexual Exploitation”, sesi ini akan membawa bersama tujuh organisasi dengan kepakaran dalam pencegahan dan pemulihan buruh kanak-kanak, mengakhiri eksploitasi seksual dan penderaan kanak-kanak, hak kanak-kanak, dan undang-undang penilaian wajar hak asasi manusia. Bersama-sama, kami menjemput para peserta untuk membincangkan bagaimana perniagaan, kerajaan, NGO dan kesatuan sekerja boleh bekerjasama untuk melaksanakan langkah-langkah penyelesaian yang holistik dan berskala, bermula daripada penggunaan program dan alat yang selaras dengan Penilaian Wajar Hak Asasi Manusia (HRDD) kepada sokongan khusus bagi mangsa kanak-kanak yang terbabit. Kaedah ini dapat memastikan bahawa semua kanak-kanak mempunyai akses kepada perlindungan dan pemulihan, tanpa mengira tempat kejadian risiko dan penderaan kanak-kanak.

LATAR BELAKANG

Isu buruh kanak-kanak terus menjadi masalah yang meluas di pelbagai industri, terutamanya di peringkat bawah rantaian bekalan dan persekitaran kerja tidak rasmi di rantau Asia Pasifik. Selain itu, risiko yang dihadapi oleh kanak-kanak semakin meningkat dengan adanya platform digital dan teknologi yang membuka jalan baru untuk eksploitasi kanak-kanak, seperti pemerdagangan manusia dan eksploitasi seksual.

Organisational Grievance Mechanisms (OGM) ataupun Mekanisme Aduan Organisasi mempunyai jangkauan yang terhad dan mungkin tidak sesuai dengan keperluan kanak-kanak di peringkat rantaian bekalan yang lebih rendah. Untuk menangani isu ini dengan berkesan, pendekatan yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan adalah penting untuk mengatasi halangan yang menghalang mangsa kanak-kanak daripada mendapatkan pemulihan yang sesuai. Mekanisme berasaskan komuniti, termasuk program praktikal di lapangan dan Sistem Pemantauan Buruh Kanak-kanak (CLMS), memainkan peranan penting dalam mengenal pasti dan menangani buruh kanak-kanak, menyediakan laluan untuk pemulihan yang berkesan.

Sesi ini melibatkan pakar daripada empat organisasi dalam pencegahan dan pemulihan buruh kanak-kanak, pengakhiran eksploitasi dan penderaan seksual, serta memastikan hak kanak-kanak dan hak asasi manusia. Ia bertujuan untuk memudahkan perbincangan tentang bagaimana perniagaan, kerajaan, NGO, dan kesatuan sekerja boleh bekerjasama untuk melaksanakan penyelesaian yang komprehensif dan boleh diskalakan. Penyelesaian ini harus merangkumi program dan alat yang selaras dengan peraturan Penilaian Wajar Hak Asasi Manusia (HRDD) serta sokongan khusus bagi mangsa kanak-kanak, memastikan setiap kanak-kanak mempunyai akses kepada perlindungan dan pemulihan, tanpa mengira di mana eksploitasi dan penderaan berlaku.

AHLI PANEL

Moderator Sesi: Ines Kaempfer, CEO, The Centre for Child Rights and Business

APAKAH YANG ANDA AKAN PELAJARI

  1. Cabaran dan peluang utama dalam menggunakan sistem pemantauan aduan dan buruh kanak-kanak yang sedia ada, dan cara untuk meningkatkannya supaya dapat menyediakan akses yang lebih berkesan kepada pemulihan bagi kanak-kanak yang terdedah.
  2. Bagaimana perubahan dalam landskap kawal selia mempengaruhi keberkesanan pendekatan pemulihan yang berpusatkan kanak-kanak, dan langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan kerangka ini mengutamakan kepentingan terbaik kanak-kanak serta menghasilkan perubahan yang bermakna.
  3. Bagaimana mekanisme komuniti dan semua sektor boleh diperluaskan bagi menangani isu buruh kanak-kanak dan eksploitasi seksual dalam rantaian bekalan, serta peluang yang sedia ada untuk memperluaskan inovasi di bawah undang-undang HRDD yang baru.
  4. Bagaimana perkongsian antara kerajaan, perniagaan, NGO, kesatuan sekerja, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), serta komuniti boleh diperkukuhkan untuk meningkatkan pelaksanaan program serta alat sedia ada bagi menangani isu buruh kanak-kanak, eksploitasi seksual, dan pemerdagangan manusia yang berkaitan dengan perniagaan.

FORMAT SESI

Sesi ini akan dimulakan dengan tinjauan ringkas dan pembentangan yang menarik secara visual selama 10 minit. Ini diikuti dengan Perbincangan Panel selama 60 minit, di mana semua ahli panel akan memberikan pandangan mereka tentang cara-cara menangani isu buruh kanak-kanak dan eksploitasi seksual, diikuti dengan sesi Q&A selama 10 minit. Sesi ini akan diakhiri dengan aktiviti interaktif di mana para hadirin akan berkongsi maklum balas dan pandangan mereka pada papan putih yang disediakan. Setiap papan putih akan dibentangkan selama 10 minit, diikuti dengan ringkasan tentang perkara utama yang boleh diambil.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MYMS