Pihak MY Voice dan rakan kongsi teknologi kami, Fifty Eight, sedang memperbaharui aplikasi Just Good Work (JGW), termasuk mengemaskini kandungan maklumat dan memperbaiki kemudahan akses.
JGW adalah aplikasi mudah alih percuma untuk para pekerja, perniagaan, kesatuan sekerja, organisasi masyarakat sivil, dan komuniti migran. Gunakan aplikasi ini untuk:
- Berinteraksi dan memaklumkan pekerja mengenai hak-hak dan kewajipan mereka
- Melaksanakan amalan perekrutan pekerja yang bertanggungjawab
- Menyediakan ruang yang selamat dan sulit untuk melaporkan aduan
- Mengurangkan risiko buruh dalam konteks pekerjaan, bermula dari perjalanan perekrutan pekerja
Kemaskini termasuk:
- Penambahan maklumat untuk pekerja di Sabah dan Sarawak
- Kemaskini maklumat dari Akta Kerja (Pindaan) 2022, termasuk cuti paterniti, aturan kerja fleksibel, had maksimum waktu bekerja sebanyak 45 jam, dan perlindungan untuk semua pekerja
- Penambahan maklumat tentang buruh paksa dan buruh kanak-kanak
- Penambahan Bahasa Tamil (format bertulis dan audio) kepada 8 bahasa yang sedia ada di dalam aplikasi (Bahasa Indonesia, Bahasa Malaysia, Bengali, Burma, Bahasa Inggeris, Hindi, Nepali, Vietnam)