MY Voice Menjemput Rakan Sektor Swasta

Baru-baru ini, pihak My Voice ingin mengalu-alukan dua pengeluar/pengilang pakaian sebagai rakan sektor swasta yang telah menyertai projek kami secara rasminya! Salah satu tujuan utama projek adalah untuk meningkatkan kapasiti PSP dalam melaksanakan sistem pematuhan sosial (SCS) berasaskan suara pekerja. Sepanjang tempoh projek, PSP akan bekerjasama dengan pihakMY Voice untuk merancang dan melaksanakan sistem pematuhan sosial berasaskan suara pekerja dalam operasi dan rantaian bekalan mereka.

Bagi melibatkan para majikan dalam projek, MY Voice telah membuat pembentangan di pelbagai acara termasuk mesyuarat hibrid bulanan Persekutuan Fesyen, Tekstil dan Pakaian Malaysia (FMFTA) dan juga Persidangan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO).

Libatkan Diri Anda

Jika anda mewakili syarikat yang berminat untuk bekerjasama dengan MY Voice, sila hubungi kami!

Kredit Foto : Franklin Heijnen

ms_MYMS