MY Voice mengalu-alukan Mewaholeo Industries

Projek MY Voice terus mendapat sambutan dalam memajukan agenda hak pekerja dan amalan beretika dalam industri minyak sawit dengan mengalu-alukan Mewaholeo Industries Sdn. Bhd sebagai rakan kongsi sektor swasta (PSP) terbarunya.  

Sebagai persiapan untuk menyertai program ini, pasukan MY Voice telah menjalankan Latihan Pengenalan kepada Sistem Pematuhan Sosial (SCS) untuk Mewaholeo Industries di pejabat mereka di Pasir Gudang, Johor. MY Voice SCS merupakan rangka kerja untuk syarikat mencapai dan mengekalkan keadaan kerja yang baik melalui amalan perniagaan yang bermatlamat dan sistematik serta integrasi suara pekerja yang bermakna.  

Melalui perkongsian ini, MY Voice akan membantu meningkatkan kapasiti Mewaholeo Industries untuk melaksanakan dan mengukuhkan SCS mereka untuk merangkumi lebih pekerja dan meningkatkan prestasi kerja dalam operasi dan rantaian bekalan mereka.

Kami masih mencari rakan kongsi dalam industri minyak sawit dan pakaian Malaysia. E-mel kepada kami (contact@myvoiceproject.org) untuk mengetahui lebih lanjut tentang menjadi salah satu dari rakan kongsi sektor swasta MY Voice. 

Latihan suai tugas MY Voice untuk Mewaholeo Industries

ms_MYMS