Meningkatkan Kesedaran tentang Pencegahan dan Pemulihan Buruh Paksa Kanak-Kanak di Sabah

Latihan untuk Guru

Para Peserta Latihan Pencegahan dan Pemulihan Buruh Paksa Kanak-Kanak untuk guru-guru ALC di Sabah.

Pada bulan September, MY Voice menjalankan sesi latihan secara menyeluruh berkenaan Pencegahan dan Pemulihan Buruh Paksa Kanak-Kanak dengan kerjasama Humana Child Aid Society di Sabah. Humana merupakan sebuah NGO berpusat di Malaysia yang mengendalikan Pusat Pembelajaran Alternatif (ALC) di Sabah untuk kanak-kanak yang tinggal di ladang sawit dan kanak-kanak tanpa dokumen rasmi di kawasan bandar. Ia dibiayai oleh syarikat-syarikat tempatan. Seiring dengan ALC lain di Sabah, Humana telah membentuk sebuah persekutuan tidak rasmi untuk mengatur aktiviti membina kemahiran dan pengetahuan bagi para pendidik.  

Latihan interaktif MY Voice ini bertujuan memperkasakan pengetahuan para guru tentang buruh paksa kanak-kanak dan ia merangkumi definisi, hak asasi kanak-kanak serta pencegahan dan pemulihan buruh paksa kanak-kanak. Ia dihadiri seramai tiga puluh tiga peserta daripada enam organisasi: Humana Learning Centres, Stairway to Hope, Advocate for Non-Discrimination and Access to Knowledge (ANAK), Borneo Komrad, Madrasah Al-Hikmah, dan ALC-KLK.

Latihan untuk Kumpulan Kerja Buruh Minyak Sawit 

Pada bulan November, MY Voice menganjurkan sesi pembelajaran dalam talian/online tentang pencegahan dan pemulihan buruh paksa kanak-kanak dengan kerjasama Jurisdictional Certification Steering Committee (JCSC). Latihan interaktif itu telah dihadiri 16 peserta, kebanyakannya dari Kumpulan Kerja Buruh JCSC, termasuk Sekretariat Pendekatan Jurisdiski Sabah, WWF-Malaysia, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Sawit Kinabalu dan Global Shepherds. Wakil daripada pertubuhan di Sabah termasuk Cahaya Society, Harimaju Plantation, Pua Brothers Agriculture, dan Kementerian Perladangan dan Komuniti juga turut hadir. 

Latihan tersebut bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan peserta tentang hak asasi kanak-kanak, umur minimum bekerja serta peranan dan tanggungjawab syarikat-syarikat dalam pemulihan buruh paksa kanak-kanak. Sesi tersebut adalah pengenalan untuk mendalami permasalahan berkaitan isu ini. MY Voice akan terus terlibat dengan JCSC dan pihak berkepentingan lain dalam sektor minyak sawit, dalam melaksanakan inisiatif pendidikan secara menyeluruh dan membentuk pemahaman mendalam tentang topik berkaitan serta melengkapkan peserta dengan kemahiran untuk kemahiran yang diperlukan dalam mencegah dan memulih buruh paksa kanak-kanak.  

Libatkan Diri Anda

Projek MY Voice akan menjalankan lebih banyak lagi aktiviti bagi meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan dan pemulihan buruh paksa kanak-kanak untuk sektor swasta, pemimpin pekerja, kesatuan sekerja, komuniti serta CSO dalam sektor minyak sawit dan pembuatan pakaian. Jika anda berminat untuk sertai, sila hubungi Letchimi Devi, Pegawai Senior Projek My Voice di letchimi.devi@childrights-business.org.

ms_MYMS