Memperkukuhkan Hab Aksi Hak Kanak- Kanak melalui Latihan Community Focal Point

Seramai 36 peserta telah dilatih sebagai ‘Community Focal Point’ (CFP) di bawah projek MY Voice. CFP merupakan wakil komuniti ladang kelapa sawit yang telah dikenal pasti dan dilatih untuk membantu  Hab Aksi Hak Kanak-Kanak dalam menangani risiko buruh kanak-kanak. Latihan ini telah diadakan di Sandakan, pada 10hb hingga 11hb Mei 2024. Para peserta merupakan pendidik daripada Humana Child Aid Society Sabah, Sekolah Etania, dan Komunitas Sahabat (TKI). 

Latihan selama 1.5 hari ini merangkumi pengajaran am hak kanak-kanak, hak kanak-kanak dan berkaitan perniagaan, proses dan aktiviti pemuliharaan buruh kanak-kanak yang telah dikenal pasti, dan diskriminasi berasaskan jantina dalam kalangan buruh kanak-kanak. Peserta-peserta juga terlibat dalam perbincangan kumpulan mengenai isu, cabaran dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang CFP yang berkesan.  

Para peserta dijangka memperoleh ilmu untuk mengenal pasti kejadian-kejadian pelanggaran hak kanak-kanak terutamanya buruh kanak-kanak, membantu Hab Aksi dalam menjalankan lawatan susulan setelah buruh kanak-kanak telah dikenal pasti, dan melaksanakan sesi kesedaran berkaitan hak kanak-kanak dalam kalangan masyarakat ladang kelapa sawit. CFP adalah individu terpilih dalam kumpulan komuniti yang rapat dengan masyarakat ladang kelapa sawit. Contohnya, guru sekolah, pekerja sosial dan pemimpin masyarakat. MY Voice telah menjemput beberapa organisasi tempatan di Sabah, termasuk pusat pembelajaran alternatif untuk latihan ini. Antara kriteria pemilihan organisasi-organisasi ini untuk menjalani latihan CFP adalah berdasarkan kebebasan mereka daripada operasi rantaian bekalan dan kerjasama rapat mereka dengan kanak-kanak di ladang kelapa sawit.  

Latihan ini menggambarkan komitmen peserta dan komuniti yang lebih besar untuk menegakkan dan memperjuangkan hak kanak-kanak. Majoriti peserta bersetuju bahawa pengetahuan yang disampaikan, terutamanya maklumat tentang hak kanak-kanak, buruh kanak-kanak dan peranan CFP berfaedah dan boleh digunakan apabila mereka menjalankan tugas-tugas mereka.  

Projek MY Voice akan terus membina kapasiti masyarakat di ladang kelapa sawit di Sabah dan di Semenanjung Malaysia sebagai sebahagian daripada inisiatif  Hab Aksi Hak Kanak-Kanak . Hab Aksi ini berniat untuk membantu kanak-kanak dalam komuniti ini untuk mempunyai peluang perkembangan dan mencapai potensi mereka dalam persekitaran yang sesuai dan selamat.  

Group photo
Peserta-peserta dalam Latihan Community Focal Point MY Voice yang pertama. 
ms_MYMS