Mengikut susulan penilaian asas dan pembangunan pelan penambahbaikan bersama rakan kongsi sektor swasta (PSP) dalam sektor minyak sawit dan pakaian, pasukan MY Voice meneruskan aktiviti mereka antara bulan September dan Disember 2024. Usaha-usaha ini dipandu oleh pelan yang telah dibangunkan oleh syarikat-syarikat bagi menyokong inisiatif penambahbaikan mereka.
Penambahbaikan yang Berterusan
Bagi PSP dalam sektor pakaian, kami telah menjalankan sesi latihan mengenai kategori-kategori proses pengurusan sistem dalam Sistem Pematuhan Sosial (SCS) dengan memberi fokus kepada Penilaian Risiko dan Impak,, Polisi dan Prosedur,, serta Pelan Tindakan Pembetulan.Semua sesi ini direka untuk menyokong semakan dan peningkatan polisi dalaman syarikat. Dalam sektor minyak sawit pula, kami memulakan latihan mengenai mekanisme aduan, dengan menekankan khusus kepada kriteria keberkesanan Prinsip Panduan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (UNGP).
Selain itu, kami telah menyediakan pelbagai bahan pendidikan untuk mempromosi kesedaran mengenai SCS dan kepentingan Worker Voice dalam kalangan kakitangan dan pekerja PSP. Sumber-sumber ini boleh diakses secara terbuka di laman web kami.
Access the learning materials ⟶
Pada suku pertama tahun depan, MY Voice akan terus bekerjasama dengan PSP dan mula memberikan sokongan kepada pembekal mereka. Untuk melibatkan audien sektor swasta yang lebih luas dalam sektor minyak sawit dan pakaian, kami telah melancarkan siri program latihan untuk tahun 2025. Ini termasuk pengenalan kepada SCS, diikuti dengan topik-topik yang kritikal seperti upah sara diri serta pencegahan dan pemulihan buruh paksa. Kami juga memperkenalkan program baru, iaitu TenSquaredyang menyediakan latihan praktikal untuk menangani cabaran pematuhan sosial dalam kategori kesihatan dan keselamatan serta mekanisme aduan. Ketahui lebih lanjut mengenai program latihan 2025 di sini..