Bengkel Pengesahan Bagi Model Hab Aksi Hak Kanak-Kanak MY Voice

Pada bulan Oktober 2023, MY Voice telah menganjurkan dua bengkel pengesahan mengenai Model Hab Aksi Hak Kanak-Kanak, memfokuskan pada sektor minyak sawit. Bengkel itu melibatkan pihak-pihak berkepentingan yang terlibat, para pengamal di lapangan, dan pakar-pakar untuk mengesahkan model pemulihan serta menetapkan pendekatan yang diambil.  

Bengkel pengesahan pertama yang dianjurkan dengan kerjasama ANAK (Advocates for Non-discrimination and Access to Knowledge) berlangsung di Tawau, Sabah pada 4-5 Oktober. 21 peserta dari 12 organisasi itu mewakili syarikat perladangan serta NGO tempatan dan antarabangsa. Kali kedua pula dianjurkan bersama Global Shepherds pada 31 Oktober, 2023 di Kuala Lumpur. Kali ini, 40 peserta dari 24 persatuan menyertainya. Mereka mewakili syarikat perladangan, agensi kerajaan serta NGO antarabangsa dan tempatan.  

Di kedua-dua bengkel pengesahan tersebut, para peserta hampir sebulat suara menyokong model Hab Aksi Hak Kanak-Kanak yang diusulkan dan mempersetujui bahawa secara umum ianya relevan kepada sektor minyak sawit Malaysia dan boleh disesuaikan dengan konteks unik tempatan. Para peserta bersetuju mengambil pendekatan berasaskan risiko terhadap pemulihan - melakukan penyesuaian bergantung kepada keparahan kes. Aspek penting lain yang ditekankan sebagai kunci kepada Model Hab Aksi yang berkesan termasuk menyediakan akses pendidikan, yuran sekolah, sokongan pengangkutan, elaun sara diri, kaunseling, pemeriksaan perubatan, sokongan dokumen identiti serta kemudahan penjagaan kanak-kanak; dan menetapkan perjanjian kerja yang bersesuaian untuk pekerja muda. 

Dalam kedua-dua bengkel pengesahan, para peserta menyatakan minat untuk turut bersama di kesempatan akan datang bagi melibatkan diri dalam projek perintis Hab Aksi Hak Kanak-Kanak, yang mana dibiayai sepenuhnya oleh MY Voice. Hubungi Letchimi Devi di letchimi.devi@childrights-business.org jika pertubuhan anda berminat dengan peluang untuk merintis Model Hab Aksi. 

ms_MYMS