Festival Hak Asasi Manusia 2023

10 December 2023, Kuala Lumpur, Malaysia

Booth with MY Voice materials. A visitor is speaking with a MY Voice representative

Festival Hak Asasi Manusia 2023 telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Majlis Peguam Hak Asasi Manusia, bersempena dengan acara tahunan Hari Hak Asasi Manusia. Objektif acara ini adalah untuk mempamerkan usaha yang dijalankan oleh pelbagai organisasi hak asasi manusia dan kumpulan pekerja migran, sekaligus meningkatkan pemerkasaan masyarakat awam untuk menyokong hak asasi ini. MY Voice turut mempamerkan inisiatif kami kepada pengunjung-pengunjung yang terdiri daripada kumpulan pekerja migran, organisasi masyarakat sivil, kumpulan hak asasi manusia, dan lain-lain. Informasi yang disebarkan di acara ini bermatlamat untuk memberitahu pihak berkepentingan tentang situasi semasa buruh paksa dan kanak-kanak di sektor kelapa sawit dan pakaian, di Malaysia. Turut disampaikan adalah usaha-usaha berterusan projek untuk membanteras isu ini. MY Voice turut menekankan kepentingan pendidikan untuk pekerja dan akses kepada informasi, terutamanya melalui aplikasi aplikasi Just Good Work, yang menawarkan informasi tentang hak-hak pekerja yang mudah difahami dan boleh diakses dimana sahaja oleh pekerja migran.

ms_MYMS