
MY Voice berusaha untuk memperkukuh suara pekerja dalam sistem pematuhan sosial serta memperbaiki komunikasi dan koordinasi antara pihak berkepentingan tempatan bagi mengenal pasti, menangani, dan mencegah kes-kes buruh paksa dan buruh kanak-kanak dalam industri minyak sawit dan pakaian.
Memperkukuh suara pekerja dapat meningkatkan prestasi tenaga kerja syarikat serta hubungan antara majikan dan pekerja. Apabila pekerja berasa selesa menyuarakan kebimbangan mereka, ia meningkatkan semangat kerja, produktiviti, dan mengurangkan risiko melalui pengenalpastian isu di tempat kerja serta pemahaman yang lebih baik terhadap proses dan pematuhan pekerja.MY Voice juga menyokong serta memperkukuh usaha kerajaan dalam mengurangkan buruh paksa dan buruh kanak-kanak dengan mengukuhkan sistem tempatan yang dapat membantu pekerja dan perniagaan berkembang bersama. Ini merangkumi sistem pematuhan sosial sektor swasta yang selaras dengan piawaian buruh antarabangsa, sistem pemulihan bebas bagi buruh paksa dan buruh kanak-kanak, serta platform pelbagai pihak yang memastikan keselarasan terhadap prinsip dan amalan buruh teras.
MY Voice juga menyokong serta memperkukuh usaha kerajaan dalam mengurangkan buruh paksa dan buruh kanak-kanak dengan mengukuhkan sistem tempatan yang dapat membantu pekerja dan perniagaan berkembang bersama. Ini merangkumi sistem pematuhan sosial sektor swasta yang selaras dengan standard buruh antarabangsa, sistem pemulihan bebas bagi buruh paksa dan buruh kanak-kanak, serta platform pelbagai pihak yang memastikan keselarasan terhadap prinsip dan amalan buruh teras.
Objektif Projek

Advokasi : Meningkatkan keupayaan pekerja dan masyarakat sivil untuk menyuarakan hak serta bekerjasama dengan perniagaan bagi menangani isu buruh kanak-kanak dan buruh paksa.

Increase worker voice in the implementation of social compliance systems

Pemulihan: Meningkatkan akses kepada penyelesaian bagi pekerja yang dieksploitasi melalui buruh paksa dan/atau buruh kanak-kanak dengan menambah baik sistem dalam sektor swasta.
Risiko dalam Sektor Minyak Sawit dan Pembuatan Pakaian di Malaysia
Tenaga Kerja Pendatang Asing yang Besar
Estimated 40% of Malaysia’s workforce is made up of migrant workers who lack protections and may be at higher risk for labour abuse.
Amalan Rekrut Berisiko
Yuran rekrut yang tinggi, representasi pekerjaan yang salah, menahan dokumen perjalanan & kekurangan perwakilan kesatuan untuk pekerja pendatang asing.
Populasi Kanak-Kanak Tidak Bernegara
Kewujudan kanak-kanak tidak bernegara dan kanak-kanak tanpa dokumen rasmi.
Kesan Negatif ke Atas Perniagaan:
Risiko buruh yang tidak dikawal boleh menjejaskan kapasiti perniagaan, hubungan pekerja, daya tahan rantaian bekalan, serta aspek kejayaan perniagaan yang lain.
Kawasan Sasaran
Projek My Voice sedang dilaksanakan di Sabah dan wilayah Semenanjung Malaysia, di mana sektor minyak sawit dan pembuatan pakaian tertumpu. Aktiviti projek akan bertempat di sini, dengan ibu pejabat projek di Kuala Lumpur.

Jadual MY Voice
Projek MY Voice akan dilaksanakan dalam tempoh 4.5 tahun, dari Disember 2021 hingga Mei 2026.
- Tahun 1 analisis landskap, penglibatan pihak berkepentingan, penilaian asas
- Tahun 2-3 membangunkan sumber dan aplikasi, Latihan dan pembangunan kapasiti, Memahami dan menambahbaik proses remediasi
- Tahun 4-5 – Complete training and capacity building, conduct cross-sector facilitation, publish resources, remediation processes fully developed and functioning.

Kredit foto : Nafise Motlaq / Bank Dunia (inti minyak sawit)