Just Good Work Malaysia

Just Good Work: Laluan Jelas untuk Pekerjaan yang Lebih Baik
Just Good Work is a free mobile app that helps to engage with and inform workers about their rights, and an important tool for businesses to implement responsible recruitment and labour practices. The Just Good Work platform is built and maintained by a social enterprise called Fifty Eight. Just Good Work seeks to:
- Mengukuhkan amalan perekrutan yang bertanggungjawab
- Memaklumkan pekerja akan hak mereka
- Menyediakan saluran aduan yang amanah dan rahsia untuk pekerja
- Memperkasakan pekerja dengan ilmu untuk membuat keputusan lebih baik
Aplikasi tersebut akan turut berinteraksi dan memaklumkan pekerja akan hak mereka serta memperkukuh suara pekerja dalam sistem pengurusan dan kerangka kemajuan pekerja dalam syarikat.
Memperkukuh suara pekerja dapat meningkatkan prestasi tenaga kerja syarikat serta hubungan antara majikan dan pekerja. Apabila pekerja berasa selesa menyuarakan kebimbangan mereka, ia meningkatkan semangat kerja, produktiviti, dan mengurangkan risiko melalui pengenalpastian isu di tempat kerja serta pemahaman yang lebih baik terhadap proses dan pematuhan pekerja.MY Voice juga menyokong serta memperkukuh usaha kerajaan dalam mengurangkan buruh paksa dan buruh kanak-kanak dengan mengukuhkan sistem tempatan yang dapat membantu pekerja dan perniagaan berkembang bersama. Ini merangkumi sistem pematuhan sosial sektor swasta yang selaras dengan piawaian buruh antarabangsa, sistem pemulihan bebas bagi buruh paksa dan buruh kanak-kanak, serta platform pelbagai pihak yang memastikan keselarasan terhadap prinsip dan amalan buruh teras.
Just Good Work : Ciri-Ciri Aplikasi
Mesra Pengguna
The Just Good Work app is user-friendly with clear and simple information and inline questions to point users to the timely information they need. The app is also available in 8 languages (English, Malay, Indonesian, Burmese, Bengali, Nepali, Hindi and Vietnamese) & audio.
Simpan Dokumen Penting
Pengguna boleh menyimpan salinan dokumen penting seperti pasport dan visa, serta mengaksesnya atas talian atau luar talian. Beserta dokumen ini, pengguna akan menemukan soalan penting untuk ditanya sepanjang pengalaman bekerja.
Percuma & Kerahsiaan Identiti
Penggunaan aplikasi ini percuma sepenuhnya dan pengguna boleh mengakses ciri-cirinya secara anonim. Tiada maklumat yang dikongsikan menerusi aplikasi akan dijejak balik kepada individu terbabit. Permintaan bantuan hanya akan dipertingkatkan dengan persetujuan pengguna.
Akses Bantuan
Pengguna boleh membuat laporan dan meminta bantuan menerusi mekanisme aduan yang mudah di dalam aplikasi, disokong oleh Our Journey, NGO di Malaysia yang menyediakan khidmat guaman percuma serta bantuan lain kepada pendatang asing, pelarian dan lain-lain bukan warganegara.

Soalan Lazim
Apakah kaitan Just Good Work dengan MY Voice?
Just Good Work digunakan sebagai alat untuk;
- (a) Mengukuhkan suara pekerja. Ini adalah untuk syarikat perniagaan yang berminat untuk terlibat dengan projek MY Voice; dan
- (b) Latihan terutamanya, untuk pekerja pendatang asing. Ia boleh digunakan oleh kesatuan sekerja, komuniti pendatang asing dan organisasi masyarakat sivil.
Aplikasi ini boleh digunakan untuk :
- (a) Membantu pekerja dalam perjalanan proses migrasi mereka
- (b) Menyediakan peluang strategik kepada perniagaan untuk menggabungkan sistem pengurusan yang selaras dengan piawaian buruh antarabangsa dengan penglibatan pekerja yang bermakna.
Apakah kandungan Just Good Work?
Aplikasi ini ialah platform mudah alih dengan ciri dan fungsi berikut:
- Maklumat untuk pekerja
- Tersedia dalam format teks dan audio
- Mengandungi maklumat utama yang meliputi perjalanan penghijrahan pekerja, bermulanya dari pengambilan pekerja sehingga pulang ke negara asal.
- Maklumat termasuk: sebelum pelepasan, undang-undang buruh Malaysia dan undang-undang berkaitan, cara untuk mengemukakan aduan di tempat kerja, budaya, perbankan dan sebagainya.
- Terpakai untuk semua sektor.
- Pelaporan mekanisme aduan melalui butang dalam aplikasi atau talian hotline atau emel.
- Simpan salinan dan/atau gambar dokumen penting seperti kontrak pekerjaan, slip gaji, resit dan lain lain. Sila lihat bahagian bawah bertajuk ‘Polisi Data Just Good Work’ untuk
- keterangan lebih lanjut.
- Soalan dalam talian sebagai rujukan pekerja untuk mendapatkan maklumat secepat mungkin.
- Pemesejan pelbagai bahasa,maklum balas dan tinjauan dengan pekerja.
Di manakah saya boleh mendapatkan Just Good Work?
Anda boleh muat turun di Google Play atau Apple store, dengan mencari ‘Just Good Work’ atau tekan https://onelink.to/jgwmyvoice untuk muat turun.