Just Good Work Malaysia

Just Good Work: Laluan Jelas untuk Pekerjaan yang Lebih Baik

Just Good Work ialah aplikasi percuma untuk berhubung dengan pekerja dan memaklumkan mereka akan hak mereka sebagai pekerja. Ia juga adalah alat untuk melaksanakan perekrutan pekerja secara bertanggungjawab. Platform Just Good Work dibina dan diselenggara oleh keusahawanan sosial yang digelar Fifty Eight. Just Good Work bertujuan:;

  • Mengukuhkan amalan perekrutan yang bertanggungjawab
  • Memaklumkan pekerja akan hak mereka
  • Menyediakan saluran aduan yang amanah dan rahsia untuk pekerja
  • Memperkasakan pekerja dengan ilmu untuk membuat keputusan lebih baik

Aplikasi tersebut akan turut berinteraksi dan memaklumkan pekerja akan hak mereka serta memperkukuh suara pekerja dalam sistem pengurusan dan kerangka kemajuan pekerja dalam syarikat.


Just Good Work : Ciri-Ciri Aplikasi

Mesra Pengguna

Aplikasi Just Good Work adalah mesra pengguna dengan maklumat jelas dan mudah serta soalan yang membimbing pengguna mendapat maklumat tepat yang diperlukan. Aplikasi ini tersedia dalam 8 bahasa (Inggeris, Melayu, Indonesia, Burma, Bengali, Nepal, Hindi, Vietnam.) & audio.

Simpan Dokumen Penting

Pengguna boleh menyimpan salinan dokumen penting seperti pasport dan visa, serta mengaksesnya atas talian atau luar talian. Beserta dokumen ini, pengguna akan menemukan soalan penting untuk ditanya sepanjang pengalaman bekerja.

Percuma & Kerahsiaan Identiti

Penggunaan aplikasi ini percuma sepenuhnya dan pengguna boleh mengakses ciri-cirinya secara anonim. Tiada maklumat yang dikongsikan menerusi aplikasi akan dijejak balik kepada individu terbabit. Permintaan bantuan hanya akan dipertingkatkan dengan persetujuan pengguna.

Akses Bantuan

Pengguna boleh membuat laporan dan meminta bantuan menerusi mekanisme aduan yang mudah di dalam aplikasi, disokong oleh Our Journey, NGO di Malaysia yang menyediakan khidmat guaman percuma serta bantuan lain kepada pendatang asing, pelarian dan lain-lain bukan warganegara.



Apakah kaitan Just Good Work dengan MY Voice?

Just Good Work digunakan sebagai alat untuk;

  • (a) Mengukuhkan suara pekerja. Ini adalah untuk syarikat perniagaan yang berminat untuk terlibat dengan projek MY Voice; dan
  • (b) Latihan terutamanya, untuk pekerja pendatang asing. Ia boleh digunakan oleh kesatuan sekerja, komuniti pendatang asing dan organisasi masyarakat sivil.

Aplikasi ini boleh digunakan untuk :

  • (a) Membantu pekerja dalam perjalanan proses migrasi mereka
  • (b) Menyediakan peluang strategik kepada perniagaan untuk menggabungkan system pengurusan pematuhan sosial dengan penglibatan pekerja.
Apakah kandungan Just Good Work?

Aplikasi ini ialah platform mudah alih dengan ciri dan fungsi berikut:

  • Maklumat untuk pekerja
    • Tersedia dalam format teks dan audio
    • Mengandungi maklumat utama yang meliputi perjalanan penghijrahan pekerja, bermulanya dari pengambilan pekerja sehingga pulang ke negara asal.
    • Maklumat termasuk: sebelum pelepasan, undang-undang buruh Malaysia dan undang-undang berkaitan, cara untuk mengemukakan aduan di tempat kerja, budaya, perbankan dan sebagainya.
    • Terpakai untuk semua sektor.
  • Pelaporan mekanisme aduan melalui butang dalam aplikasi atau talian hotline atau emel.
  • Simpan salinan dan/atau gambar dokumen penting seperti kontrak pekerjaan, slip gaji, resit dan lain lain. Sila lihat bahagian bawah bertajuk ‘Polisi Data Just Good Work’ untuk
  • keterangan lebih lanjut.
  • Soalan dalam talian sebagai rujukan pekerja untuk mendapatkan maklumat secepat mungkin.
  • Pemesejan pelbagai bahasa,maklum balas dan tinjauan dengan pekerja.
Di manakah saya boleh mendapatkan Just Good Work?

Anda boleh muat turun di Google Play atau Apple store, dengan mencari ‘Just Good Work’ atau tekan https://onelink.to/jgwmyvoice untuk muat turun.

ms_MYMS