MY Voice dan Bengkel CGF: “Memperkasakan Barisan Hadapan: Melibatkan Pekerja dalam Penilaian Risiko yang Berkesan” 

Bengkel Ketiga dalam siri pembelajaran Projek oleh People Positive Palm (P3) telah dianjurkan secara bersama oleh MY Voice dan The Consumer Goods Forum (CGF) pada Julai 2023 di Kuala Lumpur dan juga Sandakan. Usaha kerjasama sebegini merupakan teras strategi MY Voice. Dengan berganding bahu dalam inisiatif berkaitan, kami berhasrat menyampaikan mesej yang jelas kepada syarikat dan pihak-pihak lain mengenai langkah ke arah pematuhan yang lebih baik terhadap piawaian hak asasi manusia. 

Bengkel-bengkel tersebut berkongsi pendekatan praktikal untuk memperkukuh suara pekerja dalam penilaian risiko serta memantapkan sistem pengurusan bagi tujuan memperbaiki prestasi buruh dan ketekunan wajar. Sebanyak 60 perwakilan dari sektor minyak sawit menghadiri bengkel tersebut. 

Jika organisasi anda berminat dengan topik-topik ini, hubungi kami untuk mendapatkan maklumat latihan dan bantuan teknikal yang tersedia.

ms_MYMS