Mesyuarat bersama sektor swasta dan pertubuhan awam meningkatkan kesedaran tentang Projek di Sabah

Pada bulan Mac, pasukan MY Voice melawat Sabah dan mengelola siri mesyuarat dengan organisasi masyarakat sivil (CSO), pihak berkepentingan minyak sawit, dan agensi kerajaan untuk memperkenalkan projek ini dan berusaha agar berjalan seiringan dengan keperluan Sabah.

Pasukan tersebut membentangkan kepada Kumpulan Kerja Buruh di Jawatankuasa Pemandu Sijil Jurisdiksi Sabah (JCSC), berfokuskan bagaimana MY Voice dapat menyokong matlamat Sabah untuk mendapatkan pensijilan RSPO seluruh negeri melalui sistem pematuhan sosial, pembinaan kapasiti berkenaan buruh kanak-kanak dan buruh paksa, pengenalan teknologi suara untuk pekerja, dan akses kepada pemulihan.

MY Voice turut bekerjasama dengan organisasi masyarakat sivilrelevan seperti Sabah Human Rights Centre, Pusat Pembelajaran Kanak-Kanak dan Pusat Pembelajaran Altenatif (ALC), CSO Platform for Reform (Sabah Chapter), Advocates for Non-discrimination and Access to Knowledge (ANAK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Wild Asia, BCI, dan Stairway to Hope Tuition Centre.

ms_MYMS