29 & 30 November 2023, Kuala Lumpur, Malaysia
MY Voice telah menyertai bengkel Shaping the Future of Responsible Recruitment yang dijalankan oleh Forum for the Future, sebuah organisasi antarabangsa yang bekerja untuk menerajui perubahan kearah masa hadapan yang adil dan regeneratif dengan bekerjasama bersama perniagaan, yayasan, dan organisasi masyarakat sivil yang berkongsi matlamat yang sama. Bengkel ini turut dihadiri oleh organisasi masyarakat sivil yang bekerja di dalam isu tentang hak pekerja migran (seperti NSI, Migrant Rights Group, dan lain-lain), sektor swasta (termasuk syarikat pengeluaran pakaian dan perabot), Fifty Eight (pembangun aplikasi Just Good Work), agensi perekrutan dari Nepal, Bangladesh, dan Malaysia, dan organisasi antarabangsa.
Matlamat bengkel ini adalah untuk menambah baik cara perekrutan yang beretika di Malaysia dengan meneroka faktor, keadaan, risiko, dan intervensinya. Bengkel ini turut berbincang faktor masa hadapan yang kritikal, yang boleh memberi kesan kepada perekrutan pekerja ke Malaysia, dan peranan serta kesiapsiagaan peserta dari sektor yang pelbagai, terhadap faktor-faktor ini. Antara topik perbincangan adalah gangguan rantaian bekalan dan penstrukturan semula, perubahan iklim dan kesannya terhadap kemiskinan dan ketidakadilan diantara bangsa-bangsa, dan kemajuan teknologi dan automasi.
Salah satu rakan projek MY Voice, iaitu Our Journey, telah dijemput untuk membentangkan aplikasi Just Good Work sebagai kajian kes untuk intervensi yang membawa pembaharuan ke proses perekrutan yang beretika. Our Journey berkongsi tentang cara-cara aplikasi Just Good Work boleh digunakan untuk meningkatkan kesedaran tentang hak pekerja dan membangunkan kapasiti untuk menyokong perekrutan beretika melalui pihak berkepentingan yang berbeza, seperti kesatuan sekerja, organisasi masyarakat sivil, rangkaian komuniti, dan rakan kongsi sektor swasta. Pembentangan tersebut turut menekankan informasi tentang migrasi dan kemudahan akses bahasa kepada bahasa-bahasa yang digunakan oleh pekerja migran. Di dalam sesi itu, peserta membincangkan peranan Just Good Work dalam memaklumkan pekerja tentang tanggungjawab dan hak-hak mereka.
Peserta yang daripada pelbagai sektor menawarkan maklum balas yang membantu MY Voice untuk menambah baik dalam merintis Just Good Work sebagai intervensi untuk perekrutan beretika. MY Voice akan turut mempertingkatkan Just Good Work untuk menyokong komunikasi dan hubungan antara pekerja, majikan, dan sistem sosial yang menyokong pekerja, termasuk kesatuan.