Apakah itu Sistem Pematuhan Sosial (SCS)?

- Sistem Pematuhan Sosial (Social Compliance System atau SCS) MY Voice adalah rangka kerja bagi majikan untuk mencapai dan mengekalkan kondisi pekerjaan yang berpatutan dalam operasi dan rantaian bekalan mereka. Ia dapat menekankan amalan perniagaan yang bertujuan dan sistematik di dalam majikan serta berintegrasi dengan suara pekerja yang bermakna. Dalam kata lain, SCS adalah sebuah pendekatan sistem pengurusan untuk mematuhi jangkaan produktiviti buruh .

SCS yang berkesan dapat mengukuhkan amalan perniagaan di seluruh majikan. Ia juga membantu majikan seperti yang berikut;

  • Mengelakkan serta mengurangkan ketidakpatuhan terhadap undang-undang dan piawaian-piawaian buruh;
  • Memenuhi keperluan pasaran global (contohnya, The Buyer Codes of Conduct, syarat-syarat Penilaian Wajar Hak Asasi Manusia, persijilan produk, dll);
  • Meningkatkan reputasi majikan untuk menjamin kebolehpercayaan dan tanggungjawab di dalam pasaran antarabangsa;
  • Meningkatkan penglibatan dan kepercayaan pekerja; dan
  • Mencapai kualiti produk dan produktiviti proses yang lebih baik.

Komponen-komponen SCS MY Voice

Dalam SCS MY Voice, terdapat lapan jenis proses yang penting di dalam sistem pengurusan serta mengenal pasti sembilan jenis risiko di kawasan kerja. Ia memudahkan majikan untuk memahami cara melaksanakan penaksiran risiko di kawasan kerja secara berkesan dan berterusan.

Management System Process Categories: Allocating People & Resources, Assessing Risks & Impacts, Developing Code, Policy and Commitments, Engaging Stakeholders & Partners, Communicating, Training & Grievance Mechanisms, Monitoring & Independent Review, Correcting & Remediating, Reporting for Performance. Labor Performance Elements: Child Labour, Forced Labour, Occupational Health and Safety (OHS), Freedom of Association, Discrimination, Disciplinary Practices, Working Hours, Wages & Benefits, Regular Employment . These two concepts are depicted in a cycle , with the additional concepts of Worker engagement & Dialogue and continual improvement connecting them.

Kategori-kategori Proses Sistem Pengurusan Kesemua lapan kategori sistem pengurusan menerangkan proses-proses yang harus dimiliki oleh majikan untuk menguruskan produktiviti buruh mereka secara berkesan. Dengan kata lain, ini adalah aktiviti rutin yang membolehkan majikan sentiasa mematuhi kepada piawaian dan undang-undang buruh secara berkesan dan berterusan.

Unsur-unsur Produktiviti Buruh Kesemua sembilan kategori yang terdapat dalam unsur-unsur produktiviti buruh berdasarkan dengan hak asasi pekerja yang ditetapkan dalam undang-undang, piawaian dan peraturan peringkat antarabangsa dan kebangsaan. Walaupun beberapa kriteria mungkin berbeza berdasarkan piawaian tertentu yang digunakan, mereka semua mempunyai prinsip yang sama. Oleh itu, SCS amat membantu majikan untuk mematuhi pelbagai jenis peraturan dan garis panduan yang mereka mesti atau memilih untuk ikuti, seperti, The Buyer Code of Conduct, persijilan produk, peraturan perdagangan, dan lain lagi.

Penglibatan & Dialog Pekerja Fokus utama projek MY Voice adalah memastikan integrasi suara pekerja yang berkesan dan inklusif dalam semua aspek SCS majikan. Kemahiran dan maklum balas pekerja adalah sangat penting untuk mengenal pasti risiko secara berkesan, membuat pemantauan, pelan tindakan, semakan dasar, dan semua proses pengurusan SCS yang lain. Projek MY Voice juga membantu mencipta ruang dan saluran yang neutral bagi pihak pengurusan untuk berinteraksi dengan pekerja. Selain itu, ia juga boleh memudahkan pihak pengurusan untuk bersepadu dengan pekerja mereka ke dalam proses SCS melalui alat-alat seperti Social Performance Teams (SPT), teknologi worker voice, dan mekanisme aduan.

Walaupun semua SCS berkongsi satu set proses piawaian yang sama dan bertujuan untuk menangani isu yang berkaitan dengan risiko buruh, sistem yang berkesan harus mengikut kepada kesesuaian saiz, sifat, dan kompleksiti majikan. Majikan perlu sesuaikan sistem pengurusan mereka untuk integrasi dengan sistem lain yang sedia ada, seperti kawalan kualiti, kesihatan dan keselamatan, atau impak alam sekitar. Projek MY Voice sentiasa bekerjasama dengan rakan kongsi di sektor swasta untuk menyesuaikan model SCS agar sesuai dengan saiz, konteks, dan sifat majikan.

Sumber yang Berkaitan

Palma Futuro Handbook for Social Compliance Implementation (SAI, 2024) – Buku panduan dan kit alat yang disertakan ini memberikan panduan yang komprehensif untuk melaksanakan setiap unsur SCS dalam model SCS MY Voice. Walaupun buku panduan ini untuk industri minyak kelapa sawit di Amerika Latin, ia juga boleh digunakan oleh majikan yang lain untuk mendapatkan pemahaman asas mengenai konsep SCS. Selain itu, kebanyakan alat yang terdapat dalam panduan ini boleh digunakan secara umum. Panduan tersedia dalam Bahasa Inggeris dan Sepanyol.

Jom Bermula

Jika anda mewakili majikan atau pembeli dalam industri minyak kelapa sawit atau pakaian di Malaysia, hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana projek MY Voice dapat membantu menilai dan meningkatkan SCS di majikan anda: contact@myvoiceproject.org.


Model SCS yang digunakan oleh projek MY Voice adalah berdasarkan pada SAI’s Social Fingerprint dan U.S. Department of Labor’s Comply Chain. Social Fingerprint adalah kerangka penilaian dan pembinaan kapasiti untuk mengenal pasti dan menangani kekuatan, kelemahan dan bidang penambahbaikan majikan mengikut unsur-unsur produktiviti buruh dan kategori-kategori sistem pengurusan. U.S. Department of Labor’s Comply Chain terdiri daripada dokumen yang direka untuk membantu syarikat dalam membangunkan atau meningkatkan sistem pematuhan sosial untuk memastikan pematuhan dengan undang-undang perdagangan AS yang melarang pengimportan barangan yang dibuat dengan buruh paksa, sama ada secara keseluruhan atau sebahagiannya.

ms_MYMS