Meningkatkan Kesedaran Mengenai Pencegahan dan Remediasi Buruh Kanak-Kanak di Malaysia Melalui Seminar Dalam Talian

Dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai hak kanak-kanak di Malaysia, wakil daripada projek MY Voice telah dijemput untuk memberi ceramah dalam seminar dalam talian yang dianjurkan oleh Cahaya Society sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia pada November 2023.  

Wakil daripada organisasi Iskul Sama DiLaut Omadal organisation dan Persatuan Penyakit Jarang Malaysia, turut menyertai seminar dalam talian tersebut. Ini merupakan peluang untuk menjalin hubungan dengan organisasi lain yang turut berusaha menuju perubahan positif bagi kanak-kanak. Seminar dalam talian ini juga bertujuan untuk membincangkan isu-isu yang menjadi fokus MY Voice, khususnya dalam usaha untuk menghapuskan buruh paksa dan buruh kanak-kanak di sektor minyak kelapa sawit dan sektor pembuatan pakaian.  

Ahli panel telah berkongsi tentang perkhidmatan yang diberikan oleh organisasi mereka untuk mengurangkan pencabulan hak kanak-kanak, termasuk perkhidmatan perubatan kecemasan, pendidikan alternatif dan peningkatan kesedaran. Di samping itu, wakil daripada pihak MY Voice turut menekankan kepentingan pencegahan dan pemulihan buruh kanak-kanak serta memperkenalkan inisiatif Hab Aksi Hak Kanak-Kanak

Disebabkan kekurangan program remediasi buruh kanak-kanak yang menyeluruh di Malaysia, MY Voice berhasrat untuk memimpin usaha dalam membangunkan perkhidmatan remediasi melalui kerjasama dengan pihak berkepentingan dari sektor swasta. Program ini akan dijalankan oleh pengurus kes dan penyedia perkhidmatan yang dipilih dan dilatih oleh MY Voice. Hab Aksi Hak Kanak-Kanak dicipta dengan matlamat untuk menyediakan sokongan yang boleh dipercayai kepada kanak-kanak dan ahli keluarga mereka, serta pihak ladang yang terjejas. Hab ini merupakan satu langkah yang penuh harapan menuju pengurangan buruh kanak-kanak dalam sektor minyak kelapa sawit dan sektor pembuatan pakaian.  

Sesi penuh atas talian boleh didapati dalam Bahasa Melayu di sini .

Screenshot of speakers in webinar
ms_MYMS